Perapatan merupakan
hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia
berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam
perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada
zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang,
maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi
pembentukan emosi kanak-kanak. sesetengah kanak-kanak yang sangat mesra dengan bapanya kerana dia mempunyai seorang bapa yang penyayang lemah lembut, mengambil berat dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah. Namun bagaimanakah dengan nasib kanak-kanak yang sudah tidak memiliki ayah sejak kecil. adakah mereka kekurangan berbanding dengan rakan mereka yang lain.
apakah kebaikan dan keburukan yang berlaku pada kanak-kanak itu jika ia mempunyai hubungan yang rapat dan tidak rapat dengan bapa mereka.? marilah kita sama-sama memberikan pandangan serta membahaskannya.
Saya amat berminat dengan topik yang kamu bincangkan pada kali ini, iaitu mengenai hubungan perapatan anak dan ayah serta masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga, ayah merupakan seorang ketua dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka. Justeru, hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dan ayah di dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang ayah, seharusnya mereka pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama terhadap ayah mereka. Dalam sebuah kajian yang dilakukan University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dijelaskan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Malahan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa kelak. Maka, di sini kita dapat lihat hubungan mesra antara anak dan ayah amatlah penting untuk membentuk personaliti, kendiri dan emosi kanak-kanak ini. Kita juga dapat menyatakan mungkin terdapat segelintir kanak-kanak di luar sana yang bermasalah akibat renggangnya hubungan perapatan antara mereka dengan ayah mereka di rumah.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan dan hujah yang anda berikan yang sangat bernas saudara johnsenyu. jika saudara sudi, silalah berikan komen soalan-soalan lain dalam blog ini.
ReplyDeletePerapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh saudari bel. terima kasih atas pandangan serta idea yang saudari Bel berikan.
DeleteKesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka
ReplyDeleteya, saya juga menyokong bahawa seorang bapa lebih tegas dalam mendidik anak-anak berbanding seorang ibu, Namun bagi saya ketegasan yang tidak bertempat juga akan memberikan impak yang buruk bagi perkembangan kanak-kanak tersebut. terima kasih Bel atas kesudian anda untuk memberikan respon.
Deletehasil pembacaan yang saya lakukan ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa. Boleh diandaikan bahawa kanak-kanak akan lebih berdisiplin melalui cara didik bapa mereka yang lebih tegas berbanding ibu. Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik dan pembentukan karakter anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian. Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karekter ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. dengan menCiptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif kanak-kanak di sekolah. kanak-kanak yang kurang rapat dengan bapanya berkemungkinan mempunyai masalah dari kecerdasan kinestetik dan kecergasan akademik serta mempunyai sikap penakut kerana tidak terbiasa dengan aktiviti yang mencabar yang mana sesuai dan senang dilakukan oleh seorang bapa berbanding seorang ibu. Namun , ia juga kadang-kadang berasal dari diri kanak-kanak itu sendiri.
ReplyDeleteberdasarkan dari penulisan anda saya berpendapat bahawa anda seorang yang rajin membaca. terima kasih atas perkongsian yang amat memberikan pengetahuan baru serta idea-idea dalam penulisan saya kelak.
Delete• salam sejahtera. Pada pandangan saya,kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa adalah kanak-kanak akan selalunya akan terlibat dengan masalah-masalah ataupun gejala sosial.contohnya,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Di samping itu juga, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam pelajaran .Di mana kanak-kanak akan ponteng sekolah dan seterusnya menyebabkan mereka tercicir dengan pelajaran. Di sini peranan bapa penting untuk mengenali anak mereka seperti siapa rakan-rakan anak mereka dan perlulah mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak mereka. Seorang bapa sepatutnya tidak menjadikan alasan kesibukan berkerja dan seterusnya menghadkan masa untuk bersama-sama dengan anak mereka.Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Jadi di sini jelaslah bahawa peranan bapa penting dalam membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat.
ReplyDeletesalam sejahtera saudari Florita, kesudian anda untuk memberikan pandagan amat saya hargai. silalah komen ke soalan forun yang seterusnya.
Delete