bunga api

https://www.youtube.com/watch?v=zGm7jIGE3LU

Wednesday, 7 October 2015

KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak  prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan?

kita semua tahu bahawa kesihatan itu merupakan elemen yang amat penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian.  Tanpa kesihatan yang baik, maka terganggulah segala aktiviti yang ingin dan perlu dilakukan dalam kehidupan seharian terutama sekali kanak-kanak. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan?

          kesihatan boleh di definisikan sebagai kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu serta sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. kesihatan mental ialah kebolehan menyelesaikan masalah,memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan krisis serta boleh mengekalkan tahap sihat. keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran di rumah dan sekolah.


Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.Bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perlindungan daripada keluarga mereka. Untuk kanak-kanak ini membesar dengan penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seharian. Sama ada persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat jagaan,pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku kecederaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan ini tidak tertakluk kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan emosi. Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa. Kanak-kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif serta tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat tanpa perasaan takut dan bimbang.

masalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa

Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?berikan pendapat atau pandangan anda.





        Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.  sesetengah kanak-kanak yang sangat mesra dengan bapanya kerana dia mempunyai seorang bapa yang penyayang lemah lembut, mengambil berat dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah. Namun bagaimanakah dengan nasib kanak-kanak yang sudah tidak memiliki ayah sejak kecil. adakah mereka kekurangan berbanding dengan rakan mereka yang lain.
          apakah kebaikan dan keburukan yang berlaku pada kanak-kanak itu jika ia mempunyai hubungan yang rapat dan tidak rapat dengan bapa mereka.? marilah kita sama-sama memberikan pandangan serta membahaskannya.

peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembagan sosioemosi kanak-kanak

Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Berikan pendapat anda?

Rakan merupakan orang yang paling dekat dan rapat dengan kita.  jika diingat kembali bermula sejak kecil lagi, kita sudah mempunyai teman rapat iaitu yang dikenali sebagai rakan sebaya dimana individu ini merupakan orang yang selalu mempunyai masa yang lama dengan kita. semakin bertambah usia maka kepentingan dan pengaruh rakan sebaya semakin besar dan kuat. Menurut anda bagaimanakah rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.?




Wednesday, 30 September 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARI INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

Bahaskan pernyataan ini: " kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Adakah anda bersetuju atau sebaliknya. Berikan sebab mengapa anda bersetuju dan tidak setuju dengan pernyataan diatas.