Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan?
kita semua tahu bahawa kesihatan itu merupakan elemen yang amat penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Tanpa kesihatan yang baik, maka terganggulah segala aktiviti yang ingin dan perlu dilakukan dalam kehidupan seharian terutama sekali kanak-kanak. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan?
kesihatan boleh di definisikan sebagai kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu serta sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. kesihatan mental ialah kebolehan menyelesaikan masalah,memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan krisis serta boleh mengekalkan tahap sihat. keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran di rumah dan sekolah.
kita semua tahu bahawa kesihatan itu merupakan elemen yang amat penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Tanpa kesihatan yang baik, maka terganggulah segala aktiviti yang ingin dan perlu dilakukan dalam kehidupan seharian terutama sekali kanak-kanak. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan?
kesihatan boleh di definisikan sebagai kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu serta sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. kesihatan mental ialah kebolehan menyelesaikan masalah,memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan krisis serta boleh mengekalkan tahap sihat. keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran di rumah dan sekolah.
Kanak-kanak merupakan
aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan
fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan
dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk
peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti
keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga
keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas
kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan
yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan
berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi
kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat
diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani
perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan
kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan
masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan
mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna
bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan
diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan
keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan
juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru. Bagi menjamin
tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana kanak-kanak
itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan
perlindungan daripada keluarga mereka. Untuk kanak-kanak ini membesar dengan
penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan
emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan
aktiviti seharian. Sama ada persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat
jagaan,pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak perlulah dilengkapi
dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku kecederaan dan
pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan ini tidak tertakluk
kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan emosi. Sesebuah
keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan mental
kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat dan
memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa
menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa.
Kanak-kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif
serta tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan
keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu
kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat
tanpa perasaan takut dan bimbang.
• Salam sejahtera, pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.
ReplyDeletesalam sejahtera florita. terima kasih atas pandangan anda yang sangat bernas dan kesudian untuk meluangkan masa bersama-sama dalam forum ini. jika anda berkesempatan sila komen dan berikan pandangan florita dalam soala forum yang lain dalam blog ini.
Deletesalam sejahtera saya ucapkan terlebih dahulu kepada pemilik blog ini. berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh penulis, saya sangat terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan saya tentang keadaan kesihatan mental kanak-kanak di Pra sekolah dan sekolah rendah. keshitan mental boleh diertikan ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas terhadap sesuatu dan bertingkah laku mengikut norma masyarakat. terdapat banyak isu yang berlaku berkaitan dengan kanak-kanak semasa disekolah sebagai contoh masala buli. mangsa yang dibuli akan memberikan kesan yang sememangnya tidak baik bagi kesihatan mental kanak-kanak. mereka akan sentiasa rasa tertekan dan takut menyebabkan perkembangan dari segi emosi akan terganggu.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan yang anda berikan johnsenyu. sila berikan pandangan anda ke soalan atau forum lainnya dalam blog ini.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam sejahtera saudari...
ReplyDeletebagi pendapat saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak adalah berbeza mengikut keadaan persekitaran. Jadi, jika keadaan persekitaran dalam keadaan yang baik maka kesihatan mental kanak-kanak juga akan terpengaruh. dalam masa yang sama, faktor baka juga mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Seperti yang kita tahu bahawa perkembangan kanak-kanak dari segi mental dipengaruhi baka dan persekitaran. Oleh itu, sesetengah kanak-kanak mempunyai stress yang tinggi kerana keadaan persekitaran dan baka.
salam sejahtera mira, terima kasih atas kesudian anda untuk memberikan serba sedikit pandangan serta idea anda. saya juga bersetuju dan ingin menambahkan sedikit kanak-kanak menurut saya, kanak-kanak bukanlah golongan yang mudah stress namun mungkin disebabkan oleh keadaaan persekitaran yang terlalu menekan mereka dan tanpa adanya sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan mental yang tidak baik bagi usia mereka.
Deletehai, salam perkenalan saya James berminat untuk memberikan sedikit penjelasan berkaitan tajuk diatas. pada pendapat saya terdapat pelbagai contoh gejala stres. Antaranya ialah berlakunya perubahan tingkahlaku dalam diri kanak-kanak. Contohnya, sekiranya mereka seorang kanak-kanak yang aktif, sangat ketara sekiranya mereka mengalami stres. Hal ini disebabkan oleh tingkahlaku mereka yang akan menjadi pasif iaitu sering berdiam, tidak banyak berinteraksi dengan orang lain. Mereka cenderung kepada tingkahlaku yang murung. Mereka akan memencilkan diri sendiri. Misalnya duduk berjauhan daripada orang lain dan yang paling ketara ialah sikap mereka akan menjauhkan diri mereka daripada orang lain. Hal ini atas faktor mereka tidak percaya kepada orang lain dan sekaligus tidak mahu berkawan dan mulanya tingkahlaku yang tidak baik dalam diri mereka. Contohnya selalu ponteng kelas. Bagi kanak-kanak sekolah rendah, salah satu punca stres mereka ialah kerana ada rasa ketakutan dalam diri mereka tentang masa depan mereka. Akibat daripada banyak berfikir mereka akan mudah mengalami sakit kepala dan seterusnya mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan tepat. Hal ini akibat daripada ketidakstabilan emosi dan mental yang sihat. Mereka cenderung untuk berputus asa. Kanak-kanak dapat kita perhatikan melalui tingkahlaku nmereka iaitu sama ada agresif atau pun depressif. Kanak-kanak yang bertingkahlaku agresif ialah kanak-kanak yang bertingkahlaku yang menentang orang lain dan berisiko tinggi. Misalnya berbohong, membuli dan yang paling berisiko ialah memusnahkan harta benda. Manakala tingkahlaku yang depresif ialah dimana kanak-kanak akan mencederakan sendiri akibat tekanan yang dihadapi oleh mereka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHi,juga James salam perkenalan, terima kasih kerana sudi untuk memberikan pandangan yang cukup jelas serta memberi inspirasi baru kepada saya untuk meneruskan lagi sesi perbualan.
Delete