Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Berikan pendapat anda?
Rakan merupakan orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. jika diingat kembali bermula sejak kecil lagi, kita sudah mempunyai teman rapat iaitu yang dikenali sebagai rakan sebaya dimana individu ini merupakan orang yang selalu mempunyai masa yang lama dengan kita. semakin bertambah usia maka kepentingan dan pengaruh rakan sebaya semakin besar dan kuat. Menurut anda bagaimanakah rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.?
Rakan merupakan orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. jika diingat kembali bermula sejak kecil lagi, kita sudah mempunyai teman rapat iaitu yang dikenali sebagai rakan sebaya dimana individu ini merupakan orang yang selalu mempunyai masa yang lama dengan kita. semakin bertambah usia maka kepentingan dan pengaruh rakan sebaya semakin besar dan kuat. Menurut anda bagaimanakah rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteRakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda Jren Emeleyee.
Delete• Salam sejahtera, menurut Che Noraini(2005) rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah.Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur yang sama, pendidikan atau kelas sosial dan minat .Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya ketika mereka berada berbanding dengan ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana, ketika kanak-kanak mula menginjakkan kaki ke alam persekolahan mereka mulai bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat disekeliling mereka. Mereka belajar dan melihat setiap perlakuan yang berlaku di sekelilingnya.Begitu juga dalam pergaulan mereka. Jadi di sini, sekiranya kanak-kanak itu bergaul dengan rakan-rakan yang berkelakuan baik maka hasilnya juga akan baik maka jika sebaliknya berlaku maka hasilnya juga bertentangan. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai rakan-rakan yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai yang murni daripada mereka. jika rakan kanak-kanak itu berkelakuan kurang baik seperti memukul kanak-kanak yang lain akan mendorong kanak-kanak ke arah yang negatif. Jadi di sini, siapa rakan kawan kanak-kanak pada hari ini adalah gambaran mereka pada masa hadapan.
ReplyDeletesalam sejahtera. terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa bersama-sama membahas perkara ini dengan memberikan maklumat baru kepada saya.
Deleteselamat petang, saya sangat setuju bahawa rakan sebaya merupakan antara individu yang sangat kuat dalam mempengaruhi kita dari segi sikap, tingkah laku dan emosi khususnya golongan kanak-kanak kerana mereka berada dalam tempoh proses peniruan tingkah laku. Emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. emosi terdiri daripada dua jenis iaitu emosi kesedaran kendiri dimana kanak-kanak yang berumur dua tahun akan mula menunjukkan emosi dengan akan berasa malu apabila ditegur dan sedih apabila dimarahi. kedua ialah bertindak balas kepada emosi dimana kanak-kanak ini yang sudah mulai bergaul akan menunjukkan tidak balas seperti marah, merajuk, geram dan sebagainya kepada rakan mereka. rakan sebaya merupakan orang yang paling banyak lama waktu yang diluangkan bersama-sama oleh kanak-kanak. semasa mereka mula berinteraksi antara satu dengan lain, disinilah peranan rakan sebaya berlaku dalam mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak. mereka yang sering melakukan aktiviti bersama-sama dan apa jua yang mereka ingin lakukan mereka akan mengajak rakan sebaya mereka seperti mengajak bermain bersama ini bersamaan dengan kajian yang lakukan. Menurut(Malecki dan Elliott, 1999) kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka.
ReplyDeleteselamat petang John, wah idea-idea yang kamu utarakan sangat menarik dan saya suka kerana padat tetapi saya dapat memahami mesej yang anda ingin sampaikan. Terima kasih atas kesudian anda meringankan tangan memberi komen dalam blog forum ini.
Deletepada kebiasaannya, semasa zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya merupakan orang yang mempunyai pengaruh paling besar dalam setiap tindakan atau perlakuannya. segala gerak geri, sikap dan tingkah laku akan ditiru dan di ikuti oleh rakan sebayanya. sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Nursuhaila ,(2010), selain daripada mengembangkan kelebihan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. peranan rakan sebaya ialah proses seterusnya iaitu dengan mensosialisasikan orang yang berada dekat dengannya. dari rakan sebaya jugalah kanak-kanak akan mula belajar banyak perkara-perkara yang mereka akan pelajari. bagi kanak-kanak yang suka bergembira, riang dan bersikap baik maka rakan sekelilingnya juga akan berubah mengikut kebiasaan atau sikap rakan mereka dna begitulah sebaliknya.
ReplyDeleteya, saya bersetuju bahawa rakan sebaya memang mempunyai pengaruh yang kuat bagi diri kita. pada peringkat kanak-kanak mereka belum dapat memilih rakan sebaya yang baik. oleh itu, peranan ibu bapa dan guru ialah membimbing kanak-kanak agar mereka dapat dibimbing untuk mendepat rakan sebaya yang baik. Terima kasih Bel atas pandangan yang cukup ringkas tetapi padat. Terima kasih atas pandagan semua yang sudi berbagi pandangan dan idea kalian semua,
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete