bunga api

https://www.youtube.com/watch?v=zGm7jIGE3LU

Wednesday, 30 September 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARI INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

Bahaskan pernyataan ini: " kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Adakah anda bersetuju atau sebaliknya. Berikan sebab mengapa anda bersetuju dan tidak setuju dengan pernyataan diatas.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pada peringkat awal kanak-kanak ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah. Persekitaran yang efektif membantu perkembangan pembelajaran kanak-kanak.Selain itu, sokongan dan bantuan orang dewasa amat besar impaknya terhadap perkembangan mereka. Menurut Ireson (2008) dalam Rosadah Abd Majid ibu bapa harus memainkan
    peranan penting dalam pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Ini kerana pada peringkat kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, mereka seharusnya telah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang utama seperti perkembangan motor, sosial, emosi ,kognitif dan sebagainya. Dan sebelum kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan kanak-kanak hendaklah di
    dedahkan dengan suasana pembelajaran agar proses penyesuaian di sekolah kelak lebih senang dan teratur. Kesediaan ke sekolah secara amnya di definisikan sebagai kecekapan sosial dan emosi kanakkanak, perkembangan motor dan fizikal, perkembangan kognitif iaitu kemahiran praakademik seperti membaca dan mengira dan juga pendekatan kanak-kanak kepada pembelajaran (NRC, 2001; Salji,2007) kanak-kanak di katakan telah bersedia untuk ke sekolah jika tahap sosioemosi, kognitif, perkembangan motor dan fizikal, serta penerimaan untuk belajar telah berkembang pada tahap yang tinggi. Sebagai contoh, kanak-kanak telah bersedia untuk meninggalkan rumah untuk menerima pembelajaran di sekolah tanpa kawalan ibu bapa. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran dan perkembangan yang baik akan lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan. Dan perkembangan ini adalah di sokong ataupun di pengaruhi oleh keluarga dan persekitaran kanak-kanak melalui interaksi dan pemerhatian sebelum memasuki sekolah (maxweel & Clifford 2004).

    ReplyDelete
  4. hai, saya berminat ingin memberikan pandangan berkaitan tajuk ini. pada pandangan saya, kecerdasan emosi dan sosial amat penting dalam dunia pekerjaan sekarang lebih-lebih lagi yang memerlukan komunikasi dengan banyak orang. ini dapat dibuktikan bahawa tidak semua individu yang mempunyai IQ yang tinggi dapat bahagia dan mengapai kejayaan dalam hidup. sebagai contoh, akibat kerana tingginya IQ seseorang boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan bagi manusia dan harta benda seperti bekerja mencipta bom nuklear, penggunaan alat canggih bagi tujuan tidak baik dan mengaut keuntungan. dengan itu, bagi saya dalam dunia pekerjaan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting. sebagai contoh seorang anggota polis memerlukan sikap yang berintegrasi dan jujur dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat khususnya. cabaran dalam dunia pekerjaan sekarang bukan sahaja memerlukan IQ yang tinggi tetapi juga memerlukan kecerdasan yang tinggi dalam emosi dan sosial namun EQ kurang ditekankan semasa dalam iklan atau syarat untuk mencari kerja seperti;
    * memerlukan orang yang sabar, jujur, amanah dan berintegriti

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan anda yang bernas.

      Delete
  5. secara umumnya, dalam dunia pekerjaan hari ini hanya orang yang mempunyai tahap kecerdasan intelek (IQ) yang tinggi sahaja akan mendapat pekerjaan yang baik dalam hidupnya. pernyataan ini adalah benar secara realiti dimana untuk membolehkan seseorang individu mendapat pekerjaan yang baik sijil, diploma dan kelulusan lain mewakili kebolehan intelek individu tersebut diperlukan. Tanpa dokumen ini seseorang itu tidak berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan yang baik dalam sesebuah pekerjaan yang dimohon. oleh itu, kecerdasan intelek amat penting dalam melaksanakan pekerjaan. namun, kecerdasan emosi juga penting dalam sesuatu pekerjaan buktinya, tiada sebarang pekerjaan di Malaysia yang meletakkan tahap kecerdasan emosi dan sosial yang tinggi sebagai syarat mendapatkan pekerjaan. oleh itu, kedua-dua elemen ini penting dalam dunia pekerjaan.

    ReplyDelete
  6. Salam kasih saudari, saya ingin memberi pendapat berkaitan dengan pernyataan anda bahawa kecerdasan emosi,sosial adalah lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelek.
    Saya kurang bersetuju atas pernyataan itu kerana, dalam dunia pekerjaan tiga kecerdasan itu penting, keseimbangan kecerdasan akan membentuk pekerja yang baik dapat memperbaiki kualiti kerja mereka.

    Skop definisi kecerdasan yang merangkumi aspek-aspek kebijaksanaan
    dalam bidang akademik dan kebolehan berfikir serta bertindak bersesuaian dengan persekitaran telah mendorong para pengkaji untuk melihat kecerdasan dalam konteks yang lebih luas. Gardner (1983) telah memperkenalkan teori Kecerdasan Pelbagai yang juga dikenali sebagai teori Kecerdasan Sosial telah mencetuskan kecerdasan
    intrapersonal dan kecerdasan interpersonal yang menjurus kepada kecerdasan emosi seseorang individu.

    Bercakap tentang kecerdasan tersebut, tidak dinafikan bahawa kecerdasan yang dinyatakan saling berkait antara satu dengan yang lain. Pelbagai perasaan atau emosi akan timbul ketika kita bekerja, kerana itulah kita mesti bijak menguruskan emosi kita ketika berada ditempat kerja. Apabila emosi tejaga, maka kecerdasan sosial juga turut dipengaruhi. Aktiviti sosial ketika bekerja akan kelihatan profesional jika kita sentiasa berfikiran positif,senyum, berinteraksi dengan majikan,rakan kerja dan pelanggan dengan sopan serta saling membantu. Kecerdasan intelek (IQ - intelligence quotient) iaitu keupayaan berfikir dalam menyelesaikan masalah (Brody dan Brody, 1976; Hunter dan Hunter, 1984) ) dan dua lagi kecerdasan iaitu kecerdasan emosi (EQ - emotional quotient) yang merujuk kepada keupayaan mengetahui dan memahami diri sendiri dan orang lain (Goleman, 2001), serta kecerdasan spiritual (SQ - spiritual quotient) yang merujuk kepada kecerdasan meletakkan diri
    seseorang itu dalam konteks pengertian hidup yang lebih luas (Zohar dan Marshall, 2000) telah diperkatakan sebagai elemen yang lebih penting untuk menjadikan seseorang itu ada kecerdasan intelek. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kecerdasan emosi dapat mengawal kegiatan sosial pekerja seterusnya dapat mendorong pemikiran mereka kearah yang positif lalu dapat menyelesaikan masalah kerja mereka atau meluaskan lagi ilmu sesuai dengan pekerjaan mereka.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan yang amat bernas dan memberi pengetahuan baru. terima kasih mira... atas kesudian anda untuk berforum.

      Delete